BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Top 3 "headphone" untuk peminat setia muzik techno!!!!





(Denon AH-D2000)
Dikeluarkan oleh syarikat Denon. Headphone ni memang luar biasa!! Boleh dipakai dalam semua keadaan (kecuali dalam laut, sungai atau sewaktu dengan air). Sesuai untuk aktiviti indoor mahupun outdoor. Sebab,jack plugin untuk headphone ni memang panjang (anggaran 5m keatas). Penulis berasa agak bersalah untuk mengumumkan harga headphone ni. Tapi, disebabkan ni adalah review, terpaksala bg tau gak. Harga pasaran dunia dalam USD359.00 – USD720.00 (RM1,233.00 – RM2,472.00). Memang mahal gile punya… tapi, kepada orang yang minat TECHNO, memang patut pakai benda ni. Power tak power, korang patut try sendiri. Penulis rekemen “menda alah” ni kepada orang2 yang minat lagu bass/techno n trance sahaja!!! Peminat nasyid, rock atau sewaktu dengannya, tak payahla beli.


 


 Senn HD595

Dikeluarkan oleh syarikat sennheiser. Headphone ni juga dicipta ‘khas’ untuk peminat lagu bass,techno dan trance…. Harga kat pasaran dunia agak2 dalam USD289.00 – USD489.00 (RM992.00 – RM1,679.00). Kurang sikit dari harga headphone kat atas. Harga ni cam mahal je, tapi mmg berbaloi kalu dapat satu. Kelebihan headphone ni sama gak ngan Denon, tapi dia lebih sesuai untuk diguna dalam aktiviti indoor. Benda ni dah lama ade kat pasaran dunia, tapi tak ramai yang pakai sbb design “menda alah” ni… Penulis blog hanya rekemen kepada sesiapa yang kaya dan loaded sahaja!!!

 
Ultrasone HFI-780

Dikeluarkan oleh syarikat Ultrasone (German). Headphone ni memang dicipta untuk peminat bass, techno dan trance. Tapi, masalah headphone ni just jack plugin dia pendek skit. Bagi peminat lagu techno, memang kurang puas hati. Tapi, sound yang dikeluarkan dari headphone ni memang 5 stars!!! Boleh dengar dalam semua jenis muzik… tak kiralah korang minat lagu ape pun, zapin ke, ghazal ke, nasyid kea tau ape2 je… memang sesuai…!!! Harga headphone ni murah skit dari atas. Harga pasaran dunia dalam USD250.00 (RM858.00). Boleh pakai kan?? Korang pikirla sendiri!!!!
 


Ni just review dari penulis sahaja,,, jangan amik serius dalam produk2 kat atas ni,,, penulis takde niat nak habiskan duit korang...

0 Komen Bersifat Positif: